Daily Calendar

Tuesday, July 7, 2009

Penjodoh bilangan

Apa khabar anak-anak? cewah, murid-murid suka kalau cikgu panggil begitukan. Rasa ada orang sayang atau rasa macam mak kat rumah je panggil. Betul tak?
Hari ini kita akan belajar tentang penjodoh bilangan. Kalau tali rafia atau tali nylon kita sebut seutas tali tetapi tali leher kita nak sebut apa?
Jawapannya, SEHELAI kerana tali leher ialah sebahagian daripada pakaian. Bukan tali pengikat barang.
Setongkol jagung, sekaki cendawan, sekaki payung, sebuku sabun, seutas rantai, seuntai kalung, seurat gelang, sepasang subang, sesikat pisang, sebiji rambutan, sepangsa durian, seulas cempedak, segugus anggur, serawan jala, seikat sawi, sehelai sirih, sekepal pulut dan............ Cuba bina ayat ya daripada penjodoh bilangan di atas.

Biasa-biasakan yang betul,
Betul-betulkan yang biasa.

No comments:

Post a Comment