Tuesday, December 22, 2009

Merry Christmas n Happy New Year

Hello,
Buat anak-anak murid cikgu yang beragama Kristian dan menyambut Hari Natal yang tinggal beberapa hari sahaja lagi, terutamanya Irma Fazira anak Mat, Justin Philip, Acha Philip,Sankary, dll, semoga anda semua bahagia. Selamat tahun baru juga. Salam sayang.

Wednesday, December 16, 2009

Berakhirnya SPM

Salam,
hari ini hari terakhir SPM 2009. Legaaaaaaaa. Bukan saja bebudak lega, cikgu yg jaga/pengawas peperiksaan pun lega. Penat oi jaga exam. Tapi bayarannya berbaloi-baloi. Kalau tinggal jauh dari pusat peperiksaanlah.Kalau depan rumah je, claim tapak lah kata orang hehehe.

Apa khabar anak-anak cuti ni? Anak-anak murid cikgu semuanya pandai membahagikan masa dengan mengulangkaji kan.Jangan main byk sgt.Tolonglah mak abah. Kesian diorang.

Jangan lupa solat.

Wednesday, November 4, 2009

Kerja hujung tahun

Setiap kali hujung tahun macam-macam nak diselesaikan. Kerja setahun leh siap dua bulan (November , Disember). Ada sijil yang nak ditulis dan ditanda tangan, ada resit yang nak di update, ada buku-buku teks nak dipulangkan, assignment nak siapkan juga dan macam-macam lagi. Memang sakit rasanya jadi student semula selepas lama bekerja.Anak-anak murid dah exam ramai yang ponteng sekolah. Cikgu tak boleh ponteng. Kena ada dalam bilik darjah tepat pada waktunya.

Minggu depan ada kursus. Tadi pergi Sekolah Men. Keb. Jelai (F)jadi pengacara sukaneka. Kelmarin mesyuarat. Rasanya setanding ponteng jugak sebab tak mengajar walau atas alasan menjalankan tugas jabatan. Bersalah n berdosa. Kesian anak murid tak dapat ilmu sehari. Setahun banyak hari jugak tu.

Di kesempatan ini diucapkan selamat menghadapi peperiksaan SPM dan STPM kepada bekas-bekas anak muridku. Buatlah sehabis baik.

Friday, October 23, 2009

Mari membaca

Salam,

macam kebiasaan hujung tahun,hujung penggal, hujung semester, anak-anak malas nak pergi sekolah atas alasan cikgu tak mengajar.

Mungkin cikgu sibuk dengan pelbagai mesyuarat dan hal penting.Cuba ambil kesempatan ini dengan menyibukkan diri membaca bahan-bahan yang berfaedah.Pergilah ke perpustakaan.Di situ ada banyak genre buku kan anak anakku.

Masyarakat yang membaca ialah masyarakat yang bermaklumat. Rajin-rajinlah membaca.

Friday, October 16, 2009

Pasca peperiksaan

Salam mesra daripada cikgu,

lepas exam UPSR dan PMR ni nampaknya pusat membelibelah dan kompleks perniagaan dipenuhi kaki-kaki lepak yang terdiri daripada murid-murid ponteng sekolah.Ada yang merokok, merempit, main game dan lain-lain aktiviti yang menunjukkan bahawa Allah beri 24 jam sehari semalam ni tak tau apa nak buat.Macam orang beri kita duit 24 ribu ringgit tak tau nak buat apa.Bodoh tak?

Waktu senggang ini muhasabahlah diri. Kalau dulu nakal, ubahlah jadi baik, kalau dulu malas, ubahlah jadi rajin, kalau dulu tak pandai, usahalah sampai pandai.
Belakang parang diasah tiap-tiap hari pun boleh tajam. Berubahlah jika kita tak mau diubah.
Kepada guru-guru yang nak menunaikan haji ke Mekah tahun ini, terutamanya Encik Maaroff A.Rahman lecturer MMU/OUM NS, selamat menjalani ibadah haji.

Saturday, October 10, 2009

Satu hari raya , 29 haripun raya

Salam,
cikgu nak menarik perhatian anak-anak tentang open house atau rumah terbuka kat tempat kita di Malaysia ni. Punyalah kaya rayanya rakyat Malaysiaku, sampai hari ke 30 pun masih nak beri orang makan percuma lagi.Bukan apa, niat memang baiklah tu tapi jika buat rumah terbuka sebab nak menunjuk-nunjuk tak payahlah.Nak tayang vantage baru beli kat Langkawi ke,nak tunjuk banglo baru ke, nak pamer rantai emas sebesar tali sauh kapal ke, sia-sia je buat open house.Lepas tu pulak, anak-anak makan sebanyak-banyaknya, bapa dan mak anak pun samalah.
Membazir jangan ceritalah. Buruk betul perangai kita orang Malaysia.Kepada yang tengah menghadapi PMR, jangan lupa baca buku. Sempat lagi tu.
Anyway, happy deepavali kepada Prakash, Vinothy, Sancary dan lain-lain anak murid cikgu.I luv u all.

Wednesday, September 30, 2009

Peperiksaan

Salam kepada semua kenalan jauh dan dekat,
selamat hari raya aidil fitri mulia.
Maaf zahir dan batin dipinta.

Setelah peperiksaan UPSR selesai, minggu depan PMR menyusul pula. Anak-anak dah sedia?
Peperiksaan macam juga hidup kita. Susah senangnya sukar dijangka.

Semoga berjaya.

Thursday, August 6, 2009

Jagalah diri

Salam,
dah nak dekat exam ni sama ada UPSR atau PMR, anak-anak silalah jaga diri.Maksudnya janganlah saja cari pasal dengan menunggang motosikal cara merbahaya, tak berlesen atau saja cari bala.
Kesianlah kat mak bapak korang.Dah banyak kluar duit hantar sekolah, alih-alih bila time exam korang tido kat spital. (Jangan tiru stail ejaan ini dalam kertas penulisan).

Saturday, August 1, 2009

Bersabarlah

Assalamualaikum,
tidak semua di antara kita dilahirkan kaya-raya
tidak semua juga sengsara
selamanya
bersabarlah menerima takdir kita
memujuk hati lara
ada ketikanya
payah jua

ingin disandarkan harapan
bersama doa terhampar
moga Tuhan perkenankan

Tuesday, July 28, 2009

UPSR

Assalamualaikum,
bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tentu amat maklum akan tarikh peperiksaan yang hampir tiba. Oleh itu, di sini ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama iaitu:
1) Jangan benarkan anak minum air gas sebaliknya minumlah air kosong banyak-banyak.
2) Jangan makan asam pedas, tom yam atau jeruk kerana menggugat sel minda
3) Jangan makan jajan atau makanan ringan
4) Makanlah banyak kismis, badam atau kekacang
5) Minum air mineral banyak-banyak
6) Banyakkan selawat dan baca alQuran

Friday, July 24, 2009

Rapuhnya

Assalamualaikum, hari ini kita lari dari tema belajar bahasa kerana tiada yang berminat nampaknya. Malangnya bahasaku. Saya pun tak berapa ceria kerana kematian abang ipar secara tiba-tiba dan kakak di serang cancer payu dara.Malang datang bertimpa-timpa.
Anak-anak buah berkeliaran tak berbapa.Kecil dan naif. Bagaimana hendak saya pujuk mereka?
Sedangkan hati sendiri pun duka lara.......

Monday, July 20, 2009

Selamat Hari Cuti

Israk dan mikraj, seronoknya anak-anak murid bercuti. Tetapi jangan lupa peristiwa itu. Sila tanya ustaz ya.

Tuesday, July 7, 2009

Penjodoh bilangan

Apa khabar anak-anak? cewah, murid-murid suka kalau cikgu panggil begitukan. Rasa ada orang sayang atau rasa macam mak kat rumah je panggil. Betul tak?
Hari ini kita akan belajar tentang penjodoh bilangan. Kalau tali rafia atau tali nylon kita sebut seutas tali tetapi tali leher kita nak sebut apa?
Jawapannya, SEHELAI kerana tali leher ialah sebahagian daripada pakaian. Bukan tali pengikat barang.
Setongkol jagung, sekaki cendawan, sekaki payung, sebuku sabun, seutas rantai, seuntai kalung, seurat gelang, sepasang subang, sesikat pisang, sebiji rambutan, sepangsa durian, seulas cempedak, segugus anggur, serawan jala, seikat sawi, sehelai sirih, sekepal pulut dan............ Cuba bina ayat ya daripada penjodoh bilangan di atas.

Biasa-biasakan yang betul,
Betul-betulkan yang biasa.

Saturday, July 4, 2009

Mari belajar

Assalamualaikum murid-murid,

Petang ini cikgu hendak kamu perhatikan klausa di bawah:

cikgu saya makan
Cuba baca dalam laras ayat tanya
Cuba baca pula dalam laras ayat penyata
Sekarang baca dalam laras ayat seruan

Ha, kenapa boleh dibaca macam-macam laras? Sebab atas tu klausa bukan ayat sayang.
Ayat ialah yang dimulai dengan huruf besar dan disudahi dengan noktah,
Bermula dengan kesenyapan, disudahi dengan kesenyapan.
Ada yang nak tusyen bahasa dengan cikgu? Free je on line.
Rajin-rajinlah tengok blog. Nak no telefon? Sila tulis dalam blog.
Esok kita belajar lagi ya.

Apa khabar

Assalamualaikum,
murid-murid , hari ini Cikgu nak kongsi sedikit ilmu dengan murid-murid tentang
perkataan di kalangan dan dalam kalangan.
Ramai yang silap menggunakan ayat apabila menggunakan di kalangan......contoh
Masalah kemiskinan di kalangan penduduk desa.......salah ayat tu, sepatutnya Masalah kemiskinan dalam kalangan penduduk desa.......

Renung-renungkan. Esok kita belajar ayat lain pula ya.
Betulkan yang biasa, biasa-biasakan yang betul.