Tuesday, July 28, 2009

UPSR

Assalamualaikum,
bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tentu amat maklum akan tarikh peperiksaan yang hampir tiba. Oleh itu, di sini ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama iaitu:
1) Jangan benarkan anak minum air gas sebaliknya minumlah air kosong banyak-banyak.
2) Jangan makan asam pedas, tom yam atau jeruk kerana menggugat sel minda
3) Jangan makan jajan atau makanan ringan
4) Makanlah banyak kismis, badam atau kekacang
5) Minum air mineral banyak-banyak
6) Banyakkan selawat dan baca alQuran

Friday, July 24, 2009

Rapuhnya

Assalamualaikum, hari ini kita lari dari tema belajar bahasa kerana tiada yang berminat nampaknya. Malangnya bahasaku. Saya pun tak berapa ceria kerana kematian abang ipar secara tiba-tiba dan kakak di serang cancer payu dara.Malang datang bertimpa-timpa.
Anak-anak buah berkeliaran tak berbapa.Kecil dan naif. Bagaimana hendak saya pujuk mereka?
Sedangkan hati sendiri pun duka lara.......

Monday, July 20, 2009

Selamat Hari Cuti

Israk dan mikraj, seronoknya anak-anak murid bercuti. Tetapi jangan lupa peristiwa itu. Sila tanya ustaz ya.

Tuesday, July 7, 2009

Penjodoh bilangan

Apa khabar anak-anak? cewah, murid-murid suka kalau cikgu panggil begitukan. Rasa ada orang sayang atau rasa macam mak kat rumah je panggil. Betul tak?
Hari ini kita akan belajar tentang penjodoh bilangan. Kalau tali rafia atau tali nylon kita sebut seutas tali tetapi tali leher kita nak sebut apa?
Jawapannya, SEHELAI kerana tali leher ialah sebahagian daripada pakaian. Bukan tali pengikat barang.
Setongkol jagung, sekaki cendawan, sekaki payung, sebuku sabun, seutas rantai, seuntai kalung, seurat gelang, sepasang subang, sesikat pisang, sebiji rambutan, sepangsa durian, seulas cempedak, segugus anggur, serawan jala, seikat sawi, sehelai sirih, sekepal pulut dan............ Cuba bina ayat ya daripada penjodoh bilangan di atas.

Biasa-biasakan yang betul,
Betul-betulkan yang biasa.

Saturday, July 4, 2009

Mari belajar

Assalamualaikum murid-murid,

Petang ini cikgu hendak kamu perhatikan klausa di bawah:

cikgu saya makan
Cuba baca dalam laras ayat tanya
Cuba baca pula dalam laras ayat penyata
Sekarang baca dalam laras ayat seruan

Ha, kenapa boleh dibaca macam-macam laras? Sebab atas tu klausa bukan ayat sayang.
Ayat ialah yang dimulai dengan huruf besar dan disudahi dengan noktah,
Bermula dengan kesenyapan, disudahi dengan kesenyapan.
Ada yang nak tusyen bahasa dengan cikgu? Free je on line.
Rajin-rajinlah tengok blog. Nak no telefon? Sila tulis dalam blog.
Esok kita belajar lagi ya.

Apa khabar

Assalamualaikum,
murid-murid , hari ini Cikgu nak kongsi sedikit ilmu dengan murid-murid tentang
perkataan di kalangan dan dalam kalangan.
Ramai yang silap menggunakan ayat apabila menggunakan di kalangan......contoh
Masalah kemiskinan di kalangan penduduk desa.......salah ayat tu, sepatutnya Masalah kemiskinan dalam kalangan penduduk desa.......

Renung-renungkan. Esok kita belajar ayat lain pula ya.
Betulkan yang biasa, biasa-biasakan yang betul.